SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (CONSULTATION)

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (CONSULTATION)

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA – PEMBANTU DIALISIS/ ELDERLY CAREGIVER

 Anda Pembantu Dialisis (Dialysis Assistant – DA) yang mempunyai pengalaman selama SATU (1) tahun dan keatas? Atau Caregiver berpengalaman lebih dari TIGA (3) tahun?


√ Memerlukan SIJIL Pembantu Dialisis/ OPERASI PUSAT JAGAAN ORANG TUA yang diiktiraf kerajaan dan luar negara?


√ Inginkan kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri?


√ Inginkan Penganugerahan Sijil dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian)?


Kami boleh membantu anda memiliki sijil SKM melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)


Apa Itu PPT?

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah bagi mengiktiraf mana-mana individu yang boleh membuktikan pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki memenuhi keterampilan seperti yang digariskan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT ini telah dilancarkan pada 13 September 1996. Ianya telah memberi peluang kepada pekerja mahir di negara ini bagi mendapat pengiktirafan terhadap kemahiran dan pengalaman terdahulu yang mereka miliki.


Apa tujuan PPT?

Memberi pengiktirafan terhadap keterampilan/ kemahiran yang dimiliki oleh seseorang individu yang diperolehi melalui pengalaman kerja dan latihan secara formal atau tidak formal dengan menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)


Siapa Yang Layak Memohon?

Terbuka kepada individu yang mempunyai kemahiran dan memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja lebih dari  1 TAHUN* dalam bidang DIALISIS / 3 TAHUN  dalam bidang PENJAGAAN ORANG TUA memenuhi syarat seperti mana yang digariskan di dalam Panduan Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah PPT serta syarat-syarat lain yang ditetapkan di dalam Standard Kemahiran. Individu tersebut juga hendaklah berupaya mengemukakan bukti-bukti keterampilan/ kemahiran yang sah.


Apakah Bidang Lain Yang Boleh Dipersijilkan Melalui PPT?

  • Tahap 1 – Pembantu Dialisis (1 tahun pengalaman)
  • Tahap 2 – Pembantu Kanan Dialisis (2 tahun pengalaman)
  • Tahap 3 – Penyelia Pembantu Dialisis (3 tahun pengalaman)
  • Tahap 3 – Elderly Care Operation Centre (3 tahun pengalaman)


Bagaimanakah cara untuk memohon persijilan melalui kaedah ini?

1. Buat bayaran RM750 untuk setiap tahap yang dipohon di https://qudratmedicare.onpay.my/order/form/SKM.

2. Daftar di https://forms.gle/PbGK9KHRJysSNmPS8 Qudrat Medicare Training Centre

3. Lengkapkan dokumen yang diperlukan dalam tempoh yang ditetapkan.

4.     Kami akan bantu anda melengkapkan keperluan untuk proses persijilan.

5.     Anda juga digalakkan untuk menyertai kelas sebagai tambahan ilmu pengetahuan dalam bidang dialisis atau penjagaan orang tua.


Apakah Faedah Yang Boleh Diperolehi?

 

Faedah kepada individu

a. Berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri;

b. Penganugerahan Sijil dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian); dan

c. Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya.


Faedah kepada majikan

a. Meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat;

b. Menjimatkan kos bagi tujuan latihan dan persijilan pekerja; dan

c. Meningkatkan imej syarikat 

d.     Keperluan untuk tujuan perlesenan dimasa akan datang.


Faedah kepada negara

a. Meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan;

b. Menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara;

c. Meningkatkan imej negara di mata dunia dari segi perkhidmatan dan produk yang dihasilkan; dan

d. Menjadi tarikan pelabur asing melabur di negara


DAFTAR SEKARANG untuk pembangunan kerjaya anda!

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Tahap 1 - Pembantu Dialisis
Tahap 2 - Pembantu Kanan Dialisis
Tahap 3 - Penyelia Pembantu Dialisis
Tahap 3 - ELDERLY CARE
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA


Maklumat Peniaga

Qudrat Aura Sdn Bhd
qudrataurasdnbhd@gmail.com
+60173763525